Counter-Strike: Condition Zero
Counter-Strike: Condition Zero

Counter-Strike: Condition Zero

Counter-Strike: Condition Zero (CZ atau CS: CZ) merupakan sebuah permainan video berganda dan sebuah siri dari Counter-Strike. Permainan ini telah dikeluarkan pada tahun 2004 dengan menggunakan enjin GoldSrc Half-Life. CS: CZ menampilkan mod pemain berganda, yang mempunyai model watak, tekstur, peta dan lain-lain tweak grafik yang sentiasa terkemaskini. Tidak seperti permainan Counter-Strike yang lain, Condition Zero mengandungi pek misi tunggal dengan pemain bermain sebagai ahli kumpulan anti-pengganas bersama bot. Pemain juga dapat membuka peta dan mendapat rakan sepasukan bot baru yang lebih hebat jika menyelesaikan sesuatu misi bagi setiap peta semasa bermain sebagai ahli kumpulan anti-pengganas. Keperluan bagi menyelesaikan sesuatu misi termasuk seperti "membunuh 3 musuh dengan senjata Bullpup" atau "menang pusingan dalam tempoh 60 saat". Bot Counter-Strike juga merupakan asas penting dalam permainan Condition Zero.Seperti tahun 2008, permainan ini merupakan salah satu daripada sepuluh permainan yang paling kerap dimainkan, menurut GameSpy.[1] 2.9 juta salinan telah dijual.[2]